CUCKOO WATER PURIFIER AND AIR PURIFIER

13 TIPS MEMILIH PENAPIS AIR

Dahulu, kebanyakan rakyat Malaysia mendapatkan sumber air minuman harian melalui :

1) Air paip yang dimasak
2) Air dalam botol yang dibeli di kedai
3) Air yang diisi daripada mesin (Air Suling/RO) di kedai

TETAPI pada zaman sekarang, ramai rakyat Malaysia semakin memilih untuk menggunakan PENAPIS AIR untuk mendapatkan sumber minuman harian kerana kualiti air yang bersih, menjimatkan masa dan elektrik berbanding menggunakan cerek elektrik.

Dengan penapis air, air panas, sejuk dan suam dihujung jari. Tekan je dapat.
-Tidak perlu masak air dalam cerek untuk dapatkan air panas.
-Tidak perlu simpan air dalam peti ais untuk dapatkan air sejuk.
-Tidak perlu simpan air suam untuk buatkan susu bayi.

Jika anda merancang untuk membeli penapis air, beberapa perkara perlu diambil tahu. Berikut adalah beberapa ciri yang perlu dititik beratkan semasa memilih penapis air.

CIRI-CIRI PENAPIS AIR YANG BAIK ADALAH :

1) KAYA DENGAN MINERAL

Mineral adalah sangat penting untuk tubuh badan.Air mineral mengandungi kandungan kalsium, magnesium, sodium dan potassium yang tinggi yang mana kesemuanya membantu peredaran darah. Kalsium adalah penting untuk membina dan mengekalkan ketahanan tulang. Ia juga dapat membantu untuk mengatur kadar degupan jantung.

Berikut adalah antara manfaat yang akan anda peroleh sekiranya anda mengamalkan minuman air mineral.

KELEBIHAN AIR MINERAL

Terdapat penapis air yang menyediakan air mineral :

-Penapis air cuckoo serendah RM55 dengan pelbagai design menarik (Voice navigator/Digital clock/Continuos flow mineral water/AutoSterilisation).-UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT atau ORDER SILA KLIK BUTTON DI BAWAH.

tip memilih penapis air

Ada juga penapis air yang hanya air RO tanpa mineral. 

Apa itu air RO ? Air RO adalah air reverse osmosis yang menyingkirkan semua bakteria,virus dan logam berat dalam air. Kaedah reverse osmosis ini menapis semua zarah-zarah halus termasuk mineral yang bagus untuk tubuh badan manusia.

Jadi, air RO hanyalah air bersih semata-mata tanpa sebarang mineral yang memberi manfaat kepada tubuh badan. Rujuk disini untuk tahu lebih lanjut DI SINI.

  KLIK GAMBAR DI BAWAH :

2) 99.99% BEBAS DARIPADA BAKTERIA DAN VIRUS

Seperti E. coli, Salmonella yang boleh menyebabkan penyakit berjangkit.

tip memilih penapis air

3) BEBAS DARIPADA LOGAM BERAT

Seperti plumbum, cadmium, merkuri, kromium and arsenic yang akan membahayakan atau risiko kepada kesihatan. Ia juga salah satu sebab penyakit kanser.

4) AIR BERALKALI RINGAN

Bagus untuk peredaran darah, mengurangkan simton pedih ulu hati, menstabilkan gula dalam darah, baik untuk kesihatan tulang dan menambah baik kadar hidrasi.

5) TIADA BAU YANG KURANG MENYENANGKAN

Setengah kawasan di sebabkan punca air berbau, jadi air yg disalurkan ke rumah adalah juga berbau. Penapis air dapat membantu menapis bau melalui salah satu penapis karbon yang diletakkan di dalam penapis air.

6) DIKTIRAF BADAN ANTARABANGSA

MEMATUHI WORLD ORGANIZATION STANDARD (WHO) yang mana hanya mengiktiraf air yang bersih sahaja boleh diminum.

APAKAH PIAWAIAN/TAHAP (STANDARD) AIR MINUMAN ??

7) MENDAPATKAN SIJIL HALAL DARIPADA JAKIM, SIJIL SIRM dan KUALITI AIR

Pastikan Penapis Air Terbaik yang anda ingin beli mempunyai pengiktirafan HALAL JAKIM. Ini bagi memastikan penapis air yang anda beli airnya dapat diminum tanpa was-was. Oleh sebab itu Cuckoo menitikberatkan pensijilan HALAL JAKIM bagi setiap produk yang dikeluarkan

SIJIL HALAL JAKIM PENAPIS AIR CUCKOO

8) SAIZ TANGKI

Untuk bilangan ahli keluarga yang ramai dalam satu rumah, disarankan mengambil penapis air dengan saiz tangki yang lebih besar atau yang tiada tangki (Tankless-air direct flow) supaya tidak akan berlaku masalah air panas atau sejuk cepat habis.

9) HARGA DAN TEMPOH KONTRAK SEWA BELI

Kebanyakan tempoh kontrak adalah 5 tahun. Tapi ada sesetengah produk, 7 tahun. Dalam tempoh kontrak, penukaran barang adalah percuma jika ada kerosakan. Servis berkala juga adalah percuma semasa dalam tempoh kontrak. Ada juga kontrak yang menawarkan minimum kontrak 3 tahun walaupun tempoh kontrak penuh adalah 5 tahun. Kontrak jenis ini bermaksud selepas 3 tahun pembayaran, pengguna ada hak memilih untuk memulangkan produk atau menukar ke model lain TANPA DIKENAKAN SEBARANG BAYARAN PENALTI.

10) KHIDMAT SELEPAS JUALAN

Sesetengah jenama penapis air, ada servis berkala dilakukan 2 atau 4 bulan sekali selama dalam tempoh kontrak. Semasa servis, berlaku proses mencuci luaran penapis air, cuci tangki penapis air dan penukaran penapis di dalam penapis air yang sudah tamat tempoh.

11) WARANTI

 Tempoh waranti adalah mengikut tempoh kontrak sewa beli. Apa-apa yang berlaku dalam tempoh kontrak tiada kos yang akan dikenakan (PERCUMA) jika ada berlaku kerosakan untuk dibaiki/tukar.

12) HARGA SERVIS

Selepas tamat tempoh kontrak sewabeli. Maksudnya pengguna mesti membuat bayaran secara one time untuk yuran tahun untuk menyambung servis berkala untuk penapis air. Model yang berlainan akan mempunya harga yang berlainan.
Jika tidak melakukan pembayaran untuk menyambung servis berkala, maka servis berkala itu tidak akan lagi dilakukan oleh pihak yang berkenaan.

KENAPA PERLUNYA SERVIS BERKALA ?

PERLU kerana setiap penapis di dalam penapis air mempunya jangka hayat, bermaksud jika sudah tamat tempoh, tiada lagi keberkesanan untuk menapis air dan air diminum daripada penapis air mungkin sudah tidak lagi bersih secara optimum berbanding penapis air yg selalu diservis secara berkala.

13) RUANG

Sebelum membeli penapis air, pengguna mestilah memastikan ada ruang untuk meletakkan penapis air. Setiap saiz penapis air adalah berbeza. Jadi pastikan sebelum memilih penapis air, ruang adalah mencukupi.

KESIMPULAN

Tip-tip yang disebut di atas hanyalah garis panduan SECARA UMUM yang perlu diambil kira semasa membuat pilihan membeli mana-mana penapis air.

Setiap individu mempunyai kriteria masing-masing untuk memilih penapis air mengikut keperluan dan kemampuan bajet tersendiri.

SEMOGA DENGAN TIP-TIP YANG DIBERI DAPAT MEMBANTU SEDIKIT SEBANYAK UNTUK ANDA MEMBUAT PILIHAN MEMBELI PENAPIS AIR UNTUK RUMAH/OFFICE ANDA.

SAYA FARAH EJEN SAH BERDAFTAR. UNTUK INFO LANJUT/ORDER PENAPIS AIR CUCKOO KLIK LINK DI BAWAH. TERIMA KASIH.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
Scroll to Top