CUCKOO WATER PURIFIER AND AIR PURIFIER

PENAPIS AIR BERMINERAL 13 SUHU

Terdapat 2 model penapis air Cuckoo yang mempunyai 13 suhu pilihan iaitu model ICON dan IRIS.

MODEL ICON

MODEL IRIS

PERSAMAAN MODEL ICON DENGAN IRIS

1. JENIS DIGITAL

Ini bermaksud cara menggunakan penapis air untuk mendapatkan air panas, sejuk atau suam adalah dengan menyentuh screen hadapan unit. Kalau non digital, anda perlu memusing tombol untuk memilih air panas, sejuk atau suam.

Rekabentuk kedua-dua model penapis air ini adalah sama, kecuali bahagian bulatan pada penapis air Cuckoo Icon berwarna putih manakala Iris Top pula berwarna hitam.

2. SAIZ UNIT

Saiz unit adalah sama 508H x 260W x 490D (mm) dimana sesuai dengan ruangan di dapur. Jenis table top dan bukan stand unit.

Bentukย CUCKOO ICON dan IRISย sangat menarik dan sangat sesuai ditempatkan di rumah dapur atau di ruang pejabat. Ia tidak memerlukan kawasan yg besar dan biasanya diletakkan atas table top di dapur.

3. SAIZ TANGKI

Penapis air CUCKOO ada yang mempunyai tangki air dan ada yang tiada tangki air. Untuk model CUCKOO ICON dan CUCKOO IRIS, kedua-duanya mempunyai tangki air. Saiz tangki adalah tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Sesuai untuk 5-10 orang satu rumah.

  • SUHU SEJUK – 2.0L
  • SUHU PANAS – 1.4L
  • SUHU BILIK – 1.8L

4. JENIS TANGKI

Jenis tangki air adalah Antibakteria Stainless Steel. Jadi ia selamat daripada pembiakan kuman atau bakteria.

Sesetengah brand penapis air menggunakan plastik sebagai tangki air.

5. 13 SUHU BOLEH LARAS

Penapis air CUCKOO ICON dan IRIS ini dapat menghasilkan 13 suhu yang berbeza. iaitu 5 setting suhu air sejuk, 5 setting suhu air panas dan 3 setting suhu air suhu bilik.ย 

Maka anda boleh pilih suhu bagaimana ikut citarasa anda.

6. CHILD LOCK SAFETY FEATURE

Model CUCKOO ICON dan CUCKOO IRIS direka dengan fungsi “Safety child lock” untuk memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin daripada air panas.

7. JAM DIGITAL

Kedua-dua model ICON dan IRIS mempunyi jam yang boleh dilihat di depan penapis air.ย  Tanpa jam dinding, jam di penapis air dapat membantu keluarga untuk mengetahui waktu yang tepat dan memudahkan urusan harian.

8. JIMAT ELEKTRIK

Kuasa yang digunakan tidak lah banyak dan jimat elektrik.

  • Cold – 100W
  • Hot – 350W

Anggaran penggunaan tenaga elektrik hanyalah sekitar RM10 sahaja sebulan.
Ini kerana, teknologi penapis air Cuckoo in cukup berbeza dengan jenama lain dan turut berbeza dengan pemanas air yang memerlukan tenaga elektrik sekitar 700W ke 2000W.

9. JENIS PENAPIS DALAM PENAPIS AIR

Jenis-jenis penapis yang digunakan oleh kedua-dua model penapis air ICON dan IRIS adalah sama dan semua akan ditukar bila sudah sampai tempoh penukaran :

  • Sediment filter : 4 bulan
  • Pre carbon filter : 8 bulan
  • Natural filter : 12 bulan
  • Nanopositive filter : 12 bulan

PERBEZAAN MODEL ICON DENGAN IRIS

1. IN & OUT ELECTROLYSIS STERILIZATION

CUCKOO ICON mempunyai fungsi In & Out Sterilization yang mana tiada pada CUCKOO IRIS.

Fungsi Sterilization ini bertujuan untuk memastikan penapis air kita bebas daripada kuman yang sentiasa berterbangan dalam udara.

Lebih-lebih lagi ketika kita sedang memasak, membancuh kopi, membuka pintu dapur rumah anda dan pelbagai lagi aktiviti yang dapat mendedahkan penapis air anda kepada kuman dan bakteria.

Maka, dengan adanya fungsi In & Out Sterilization, Faucet Sterilization dan Auto Sterilization ini, ia sedikit sebanyak membantu untuk menghapuskan kuman dan bakteria yang ada pada penapis air.

Contoh fungsi sterlization adalah seperti dalam video di bawah:

2. ENERGY EYE SENSOR

Cuckooย ICON mempunyai fungsi ENERGY EYE SENSOR yang mana tiada pada Cuckoo IRIS.

Dengan teknologi ENERGY EYE SENSOR, ia dapat mengesan suasana dalam rumah. Sekiranya malam dan tiada orang di rumah, ia akan mengurangkan penggunaan elektrik. Ini secara tidak langsung menjimatkan elektrik.

3. VOICE GUIDE

Untuk model ICON, terdapat 3 pilihan bahasa untuk suara iaitu bahasa (MELAYU, Mandarin dan Inggeris) danย mengeluarkan warna merah, biru dan hijau pada hujung faucet semasa mengambil air. Merah bermakna air panas, hijau ialah room dan warna biru suhu sejuk.

Manakala model IRIS tidak mempunyai suara dan tidak mengeluarkan warna semasa pengambilan air sejuk panas dan suam.

4. BERAT

CUCKOO ICONย  lebih berat sedikit iaitu 20.5KG manakala CUCKOO IRIS 15.5KG.

5. HARGA

CUCKOO ICON mempunyai feature yang lebih banyak berbanding CUCKOO IRIS. Jadi harga CUCKOO ICON adalah lebih tinggi daripada CUCKOO IRIS.

6. NCSP (NATURAL CARE SERVICE PLAN)

KESIMPULAN

CUCKOO ICON LEBIH CANGGIH DARIPADA CUCKOO IRIS :
  • Icon ada fungsi auto sterillization in & out. Iaitu satu-satunya penapis air yang boleh cuci tangki dan tube sendiri.
  • Icon ada fungsi steril faucet. Boleh cuci muncung sendiri untuk lebih bersih/hygienic.
  • Icon ada fungsi panduan bersuara 3 bahasa; english, mandarin & melayu.
  • Icon mengeluarkan warna yang berlainan ketika mengambil suhu air yang berbeza.
  • Icon ada fungsi Energy Eye sensor.
ย 
DISEBABKAN ITU, HARGA CUCKOO ICON LEBIH MAHAL BERBANDING CUCKOO IRIS. PILIHAN DI TANGAN CUSTOMER. MASING-MASING ADA BAJET, KEPERLUAN DAN KEHENDAK YANG BERBEZA.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
Scroll to Top