CUCKOO WATER PURIFIER AND AIR PURIFIER

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PENAPIS AIR

Zaman sekarang ni, kebanyakkan orang tidak lagi menjerang air menggunakan cerek kerana penapis air sudah menjadi pilihan utama rakyat Malaysia di rumah atau pejabat.

Secara amnya, air merupakan bahan kedua terpenting selepas oksigen. Oleh itu, tak hairanlah tubuh badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 2 liter atau 8 gelas setiap hari.Tubuh badan kita tak mungkin boleh hidup tanpa kehadiran air kerana fungsinya adalah membantu penghadaman, penyerapan dan penyingkiran makanan yang dimakan serta membantu dalam sistem perkumuhan.

Menurut Unit Kawalan Mutu Air Minum Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sejak tahun 1986, air yang dibekalkan di Malaysia adalah 99.6% bebas bakteria dan selamat untuk diminum, tapi kena masak dulu.

Walaubagaimanapun, sejak kebelakangan ini, kualiti air di Malaysia semakin merosot akibat sistem rawatan air yang lama tidak lagi sesuai serta pencemaran sumber air dan sungai yang semakin tinggi.

Air yang anda dapat setiap hari mungkin mengandungi bahan cemar seperti pasir, karat, kotoran, rasa dan bau klorin, pepejal terlarut serta logam berat yang akan memberikan kesan buruk pada kesihatan kita.

Jadi, ramailah yang beralih kepada penapis air di rumah dan pejabat untuk kesihatan tubuh badan. Tapi, apa sebenarnya kebaikan dan kekurangan pasang penapis air ni?

Jom tengok !!!

KELEBIHAN PENAPIS AIR

1. Kelebihan menggunakan penapis air mudah digunakan, cepat dan selamat. TEKAN JE dapat lah air panas, sejuk atau suam. Fungsi “Child Lock” adalah untuk keselamatan kanak-kanak.

2. Kelebihan menggunakan penapis air dapat menjimatkan kos.
Dengan adanya penapis air, anda tidak perlu lagi membeli air bertapis atau air minuman di dalam botol. Sekaligus ianya juga menjimatkan kos perbelanjaan anda.

3. Kelebihan menggunakan penapis air dapat mengurangkan risiko kanser
Penggunaan air bertapis dapat mengurangkan risiko kanser kolon, kanser rektum dan kanser pundi kencing dengan cara menyingkirkan klorin daripada air.

4. Kelebihan menggunakan penapis air dapat singkirkan toksin
Lebih dari 2,100 toksin yang terdapat di dalam badan kita dapat disingkirkan dengan minum air bertapis.

5. Kelebihan menggunakan penapis air untuk singkirkan logam dan bakteria
Penapis air bermanfaat untuk menyingkirkan bahan pencemar logam dan bakteria berbahaya. Hasilnya air yang lebih bersih dengan bau dan rasa yang lebih baik.

6. Kelebihan menggunakan penapis air baik untuk sistem imun kanak-kanak
Air bertapis baik untuk membangunkan sistem imun kanak-kanak.

7. Kelebihan menggunakan penapis air mengurangkan risiko penyakit usus
Minum air bertapis juga dapat mengurangkan risiko penyakit usus lebih daripada 33 peratus dengan menyingkirkan cryptosporidium dan giardia dari air minuman anda.

KEKURANGAN PENAPIS AIR

1.  Penapis air mengandungi beberapa jenis penapis yang diletakkan di dalam unit. Setiap penapis mempunyai jangka hayat 4, 8 atau 12 bulan. Penapis-penapis itu wajib dicuci atau ditukar secara berkala selagi penguna menggunakan penapis air mereka untuk memastikan air yang diminum kekal bersih dan memberi manfaat kepada mereka.

2. Selepas HABIS KONTRAK bayaran untuk penapis air, penguna perlu menyambung bayaran untuk servis berkala setiap tahun. Penyambungan bayaran untuk servis berkala adalah penting untuk memastikan servis berkala dan waranti akan disambung.

3. Sebelum membeli penapis air, pengguna mestilah memastikan ada ruang untuk meletakkan penapis air. Setiap saiz penapis air adalah berbeza. Jadi pastikan sebelum memilih penapis air, ruang adalah mencukupi.

KESIMPULAN

KELEBIHAN PENAPIS AIR LAGI BANYAK DARIPADA KEBURUKAN. DISEBABKAN ITU MEMANG DISARANKAN UNTUK MENGGUNAKAN PENAPIS AIR DI SETIAP RUMAH.

Semoga perkongsian mengenai kelebihan menggunakan penapis air ini bermanfaat untuk anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
Scroll to Top