ADA di antara kita yang cukup susah nak telan air kosong kerana ia tidak mempunyai rasa berbanding air sirap atau teh o ais limau.
Cuba tanya pada diri sendiri, berapa gelas air kosong yang anda minum setiap hari? Jika kurang daripada lapan gelas tetapi 10 gelas teh tarik, maka anda perlu ubah tabiat tersebut.
TIPS MINUM AIR PUTIH
1. SET WAKTU MINUM
Sebagai langkah disiplin, tetapkan reminder pada telefon anda bagi mengingatkan anda untuk minum air selain tentukan jumlah yang perlu diminum pada setiap tempoh itu. Mudah bukan?
2. BERI RASA PADA AIR KOSONG
Beri rasa di sini bukan bermaksud meletakkan gula, sebaliknya letak air lemon, pudina atau oren sebagai perasa asli. Dengan cara ini, ia bukan sahaja boleh bertindak sebagai detox tetapi membuatkan anda lebih berselera meneguk air putih.
3. BELI BOTOL SENDIRI
Beli botol air dengan corak yang menarik kesukaan anda dan paling penting cari saiz yang mudah anda bawa ke mana-mana dan membuat isian semula.
KESIMPULAN
“NAK SERIBU DAYA TAK NAK SERIBU DALIH”, tiada yang mustahil dan yang paling penting adalah semangat dan disiplin dalam diri masing-masing untuk memastikan air putih diminum secukupnya setiap hari demi untuk memastikan tubuh badan mendapat air yang secukupnya. SEMOGA BERJAYA !!!