CUCKOO WATER PURIFIER AND AIR PURIFIER

9 KEPENTINGAN AIR DAN KESAN TERLEBIH AIR UNTUK TUBUH BADAN DAN KEHIDUPAN SEHARIAN KITA

Air merupakan bahan kedua terpenting dalam tubuh manusia selepas oksigen. Malah, lebih 70% daripada tubuh manusia terdiri daripada air.

Oleh itu, SETIAP HARI kita digalakkan meminum air 8 gelas atau 2-3 liter air kerana badan kita memerlukan air yang mencukupi. Berat badan yang berbeza memerlukan kuantiti air yang berbeza untuk tubuh badan.

Air mempunyai pelbagai fungsi penting dalam memastikan tubuh kita sentiasa kekal hidrat, sihat dan cergas.

Air dapat meningkatkan kadar metabolisma badan yang berguna untuk membakar kalori. Air juga merupakan cecair mengandungi ‘zero’ kalori berbanding air bergula.

KEPENTINGAN MINUM AIR SECUKUPNYA

ANTARANYA KEPENTINGAN MINUM AIR ADALAH :

1. MEMBEKALKAN TENAGA SEPANJANG HARI

Memastikan tubuh sentiasa terhidrat dan mengawal suhu tubuh pada tahap yang normal.

Kekurangan air akan mengakibatkan kita letih, tidak bermaya, sakit kepala, sakit otot, sembelit dan kulit yang kering.
“Sekiranya kekurangan air pada tahap teruk sehingga menyebabkan dehidrasi melampau, seseorang boleh mengalami tekanan darah rendah, demam, sawan dan pengsan serta mengalami kerosakan buah pinggang,

Air berperanan untuk memastikan supaya organ-organ seperti mulut, mata dan hidung sentiasa dalam keadaan lembap dan berfungsi dengan baik.

2. BAIK UNTUK PEMBUANGAN TOKSIN DALAM BADAN

Meminum air yang mencukupi akan dapat mengurangkan bebanan kerja buah pinggang dan hati dalam berfungsi menyingkirkan bahan buangan dan toksin menerusi air kencing. Air adalah gen pembawa nutrien dan oksigen kepada semua sel tubuh yang memerlukan.

3. MENGHINDAR DARIPADA SEBARANG PENYAKIT BERBAHAYA

Air bertindak sebagai pelincir pada sendi-sendi dan amalan meminum air pada jumlah yang mencukupi dapat menghindari serangan penyakit sendi dalam jangka masa panjang.

4. MEMBEKALKAN NUTRIEN UNTUK TUBUH BADAN

Air berfungsi melarutkan mineral dan nutrien bagi memudahkan ia diserap tubuh.

5. MELEMBAPKAN KULIT

Menyahtoksikkan badan dengan cara semula jadi. Kulit juga akan kelihatan sentiasa lembap dan awet muda di mana badan yang sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi boleh melambatkan proses pengecutan kulit. Badan akan sentiasa cergas dan berasa ringan.

6. MENCAPAI BERAT BADAN IDEAL

Bagi yang ingin menurunkan berat badan meminum air dengan kadar yang mencukupi dapat membantu proses mengurangkan berat badan dengan gabungan amalan pemakanan seimbang dan senaman secara konsisten.

7. MERAWAT EMOSI

Meminum air yang mencukupi, menjadikan minda yang ceria dan emosi stabil dalam melakukan sesuatu pekerjaan dan akan menghasilkan kerja yang berkualiti.

8. MENGURANGKAN JERAWAT DAN MASALAH KULIT MUKA

Merawat kulit wajah yang berjerawat. Air juga dapat jerawat dengan mengurangi lebihan minyak pada kulit. Penting untuk memiliki keseimbangan yang stabil antara air dan minyak di permukaan kulit. Jika kulit memiliki terlalu banyak minyak berbanding dengan air, ini menyebabkan pori-pori tersumbat dengan noda dan jerawat . Air penting untuk menjaga kelembapan kulit secara optimal dan memberikan nutrisi penting untuk sel-sel kulit.

9. MEMPERBAIKI SISTEM PENCERNAAN

Adakah anda sedar apabila anda minum air secukupnya, anda lebih mudah membuang air besar atau air kecil? Hal ini terjadi kerana air dalam sistem pencernaan dapat membantu memecahkan lemak dan serat larut air yang membantu sistem pencernaan badan berfungsi dengan lebih baik. Tambahan pula, kekurangan air akan mengakibatkan tubuh anda mengalami dehidrasi yang boleh menyebabkan masalah sembelit kerana usus anda menyerap kadar air dalam makanan seterusnya melambatkan proses pencernaan.

KESAN TERLEBIH MINUM AIR

Minum air yang mencukupi memang baik untuk tubuh badan TETAPI jika terlebih minum air, air akan banyak dalam tubuh badan dan boleh mendatangkan kemudaratan.

ANTARA KESAN TERLEBIH MINUM AIR ADALAH :

1. KERAP TERJAGA PADA WAKTU MALAM

Anda kerap ke tandas untuk dan terjaga pada waktu malam untuk membuang air kecil. 

2. BUAH PINGGANG TIDAK SEMPAT UNTUK MEMPROSES

Jika anda minum terlalu banyak air, ia boleh menyebakan buah pinggang tidak sempat untuk memproses dan membuang daripada badan sekaligus menyebabkan air itu berkumpul dalam sistem badan.

KESIMPULAN

Jelas sekali air penting untuk tubuh badan kita dan hendaklah diminum dengan kuantiti yang betul.

Tanpa air, tubuh kita akan lemah. Air yang mengandungi mineral adalah yang terbaik untk dimimum kerana ia mengandungi zat-zat yang diperlukan oleh tubuh badan.

Nak tahu penapis air mana yang ada mineral ??? Klik button di bawah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
Scroll to Top