CUCKOO adalah satu jenama yang tidak asing lagi di Malaysia yang menawarkan produk penapis air bermineral, penapis udara, penapis air luar rumah, aircond, tilam dan multicooker dengan servis berkala.
CUCKOO BERASAL DARIPADA MANA ?
Sejarah penubuhan Cuckoo bermula sejak 1978 oleh KOO JIA SHIN, menerusi syarikat Cuckoo Electronics (Dulu dikenali sebagai Sungkwang Electronics Co LTD).
Pada 1998, jenama Cuckoo dilancarkan dan berkembang perlahan-lahan pada tahun seterusnya.
Sebagai CUCKOO International, jenama ini menubuhkan CUCKOO di negara lain termasuk Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Sejak menjadi hab Asia Tenggara, CUCKOO mempunyai rancangan untuk mengembangkan jenama itu di negara-negara lain di rantau ini.
Dengan perkembangan yang baik, jenama itu kini, berkembang ke seluruh dunia dan telah bertapak di lebih 30 negara merentasi lima benua.
SIAPA PEMILIK/MEMPERKENALKAN CUCKOO DI MALAYSIA ?
CUCKOO diperkenalkan di Malaysia pada Oktober 2014 oleh HOE KIAN CHOON.
Sejak penubuhan pada tahun 2014, CUCKOO MALAYSIA telah memberi tumpuan untuk meningkatkan kualiti hidup melalui produk dan perkhidmatan Beyond Standard.
CUCKOO MALAYSIA memperluas dan mempelbagaikan portfolio produk untuk memajukan lagi misi ini dan telah meletakkan diri sebagai Pencipta Rumah Sihat dengan jenama yang baru ditubuhkan, WonderLab dan WonderKlean, menyertai barisan jenama CUCKOO untuk menyediakan penawaran Rumah Sihat yang lebih besar.
1. Tonggak Peralatan Sihat dengan CUCKOO* (Penapis Air, Penapis Luar Rumah, Penapis Udara, Dapur Induksi dan Peralatan Dapur, Aircond dan Tilam).
2. Tonggak ‘Gaya Hidup Sihat’ bersama Kumpulan WonderLab- Kumpulan WonderLab membawakan pendekatan holistik terhadap kecantikan dan kesejahteraan dengan pelbagai jenis penjagaan kulit, kosmetik dan minuman berkhasiat di bawah jenama seperti WonderLab dan WonderDewi.
3. Tonggak Penjagaan Rumah Sihat dengan WonderKlean* (pakar penjagaan rumah yang menawarkan pelbagai perkhidmatan penjagaan di rumah). Setiap jenama akan memberi tumpuan kepada pelbagai bidang atau tonggak Rumah Sihat yang menyediakan penyelesaian Rumah Sihat yang holistik.
FALSAFAH CUCKOO
Memberikan kepuasan kepada pelanggan kami, dan untuk membolehkan pengguna kami mempunyai keyakinan terhadap jenama dan perkhidmatan kami, kami telah menanamkan falsafah ‘Beyond Standards’ ke dalam semua yang kami lakukan.
MISI CUCKOO
Menjadi Pencipta Rumah Sihat No. 1 di Asia.
VISI CUCKOO
1. Untuk melampaui piawaian dalam semua yang kita lakukan. 2. Untuk membawa kebahagiaan dan kesejahteraan kepada setiap pengguna CUCKOO International. 3. Untuk mengembangkan syarikat secara organik dan menjadi organisasi yang bertanggungjawab secara sosial.
PENCAPAIAN & ANUGERAH CUCKOO
Berikut adalah pencapaian dan pengiktirafan CUCKOO. Dengan pengiktirafan daripada banyak badan dan organisasi antarabangsa, memang ternyata CUCKOO adalah produk yang berkualiti dan terkenal di banyak negara di seluruh dunia.
PERSAMAAN CUCKOO DENGAN COWAY
1. Kedua-duanya berasal daripada KOREA.
2. Menawarkan beberapa cara pembelian iaitu sama ada secara tunai atau secara sewa beli dengan tempoh kontrak 3-7 tahun.
3. Menyediakan servis berkala untuk setiap produk oleh staff masing-masing.
4. Mengeluarkan produk penapis air, penapis udara, penapis luar rumah, aircond dan tilam.
PERBEZAAN CUCKOO DENGAN COWAY
1.Tidak syak lagi, tangki air penapisan COWAY lebih besar sedikit daripada CUCKOO.
2. CUCKOO menyediakan air mineral dan bukan air suling/RO (reverse osmosis) seperti COWAY. Dengan mineral yang terdapat di dalam air CUCKOO, secara langsung memberi manfaat kepada pengguna untuk kesihatan mental dan fizikal.
3. Tangki penapis air CUCKOO adalah stainless steel di mana boleh mengelakkan pembiakan kuman dan kebersihan air terjamin. Manakala COWAY, masih menggunakan plastik sebagai tangki air.
4. Tiada air buangan dari penapis air CUCKOO. Manakala penapis air COWAY akan selalu mengalirkan air buangan kerana proses mendapatkan air bersih adalah menggunakan cara reverse osmosis (RO).
5. CUCKOO mengeluarkan produk dapur iaitu multicooker, induction cooker, periuk manakala COWAY mengeluarkan kerusi urut.
KESIMPULAN
Setiap individu mempunyai kriteria masing-masing untuk memilih produk CUCKOO atau COWAY. Harga produk dan reka bentuk penapis air juga memainkan peranan penting untuk pelanggan membuat pemilihan sebelum membeli.
NAK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG PENAPIS AIR, SILA KLIK BUTANG DI BAWAH.